PENGENALAN

Unit Khidmat Pengurusan menyediakan aktiviti pemudah cara yang menyokong dan menggerakkan semua aktiviti IPG Kampus Sultan Abdul Halim supaya berjalan lancar, cekap dan berkesan dengan memberikan khidmat yang berkualiti melalui budaya kerja cemerlang.

 

Unit ini bertanggungjawab menguruskan hal ehwal kewangan, perkhidmatan, pembangunan, penyelenggaraan, asrama dan pentadbiran kampus secara keseluruhan. Unit ini telah dibahagikan kepada unit-unit seperti berikut untuk mempastikan peranan masing-masing dapat berjalan dengan lebih cekap dan berkesan.

Unit-unit tersebut adalah seperti berikut:

1.    Unit Pentadbiran & Stor

  • Menguruskan hal-hal berkaitan perkhidmatan bagi semua anggota yang bertugas di IPG Kampus Sultan Abdul Halim
  • Menguruskan hal-hal yang melibatkan pentadbiran.
  • Menguruskan Stor dan Aset Alih Kerajaan.

 

2.    Sub-Unit Kewangan

  • Menguruskan hal-hal berkaitan kewangan, emolumen, tuntutan perjalanan, elaun pelajar, dan lain–lain elaun yang berkaitan.
  • Memproses bayaran invoice dan sebagainya.

 

3.    Sub-Unit Teknikal & Senggaraan

  • Menguruskan hal-hal berkaitan dengan teknikal dan senggaraan bangunan dan kemudahan lain.
  • Memberi khidmat bantu dari segi teknikal dan senggaraan kerja-kerja awam, mekanikal dan elektrik untuk mempastikan keselesaan warga kampus.
  • Menguruskan perkhidmatan pengangkutan.